Kami Pengguna.Anda?


pEsErta pErtanDinGan blOG Hari Pengguna Malaysia 2015 bErTaJuK! "Perlindungan Kewangan: Simpanan Pelaburan dan Perlindungan Insurans".

Tuesday, April 7, 2015

Teknik Mengadakan Wang

WANG BERGANDA. 
 Ini bukan sesuatu yang magis.  Bukan juga sesuatu yang boleh diperoleh dengan menggunakan khidmat si bomoh.  Hakikatnya, walau bagaimana cara sekali pun, anda tidak mungkin akan dapat menggandakan wang anda dalam sekelip mata. Menggandakan atau mengembangkan wang bermaksud menggunakan wang yang anda ada dan menjadikannya lebih banyak.  Dengan hanya menyimpan dalam bank-bank tempatan, anda akan mengambil masa yang agak lama untuk menggandakan wang anda memandangkan faedah ke atas simpanan yang diberi oleh pihak bank sendiri adalah pada kadar yang sangat rendah.   Justeru, anda perlu bijak memilih instrumen yang paling baik untuk anda berupaya menggandakan wang anda.
Tentu ada yang tertanya-tanya, mengapa anda perlu menggandakan wang anda?  Tak cukup kah dengan apa yang ada? Maka jawab saya, anda perlu pandang ke hadapan. Pandang 5 atau 10 tahun ke hadapan.  Bahkan tidak salah jika anda melihat ke hadapan dan membayangkan keadaan anda di kala usia anda mencapai 60 tahun.  Anda perlu merancang pendidikan anak-anak, perbelanjaan ketika persaraan agar ia mencukupi, keperluan terhadap wang di saat tak terduga, untuk bebas daripada pinjaman perumahan atau pinjaman kereta di saat anda sudah bersara dan sebagainya.  Anda juga perlu untuk menggandakan wang yang ada demi kehidupan yang lebih selesa dan untuk menjamin kualiti hidup yang lebih baik.
Kini terdapat beberapa alternatif atau kaedah yang anda boleh pilih untuk menggandakan wang simpanan anda tadi, sebagai contoh melakukan pelaburan dalam ASB, hartanah, pelaburan emas, unit amanah, insurans dan sebagainya.  Apa yang akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam artikel ini adalah tentang teknik menggandakan wang melalui pelaburan dalam akaun ASB.
[auth]
Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB)
Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) merupakan satu skim pendapatan yang mempunyai objektif untuk menjana pulangan jangka panjang yang kompetitif dan konsisten kepada pemegang-pemegang unit.  Dilancarkan pada 2 Januari 1990, skim unit amanah ini merupakan yang kedua dikeluarkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) selepas skim Amanah Saham Nasional (ASN).  ASB hanya terbuka kepada Bumiputera, dan mereka yang berusia 6 bulan ke atas layak untuk membuka akaun ASB.  Had simpanan bagi setiap akaun pula adalah sebanyak RM200,000 sahaja, dan ini tidak termasuk dividen yang anda peroleh pada setiap tahun.  Bagi akaun remaja pula, had simpanan adalah sebanyak RM50,000.  Sasaran pelabur ASB adalah mereka yang faham tentang pelaburan, risiko dan pulangan pelaburan jangka panjang.
Terdapat banyak kelebihannya jika anda melabur dalam ASB, antaranya:-
1)    Anda tidak perlu membuat sebarang pembayaran pendahuluan contohnya anda tidak perlu membayar Fi Pemprosesan, Fi Pengurusan atau  sebagainya.
2)    Tiada sebarang susut nilai terhadap wang yang anda laburkan.  Pulangan pelaburannya dijamin oleh kerajaan dan pelaburan yang dilakukan oleh pihak ASB juga dikawal oleh kerajaan.
3)    Sekiranya simpanan pelaburan sudah berusia 1 bulan, anda sudah layak menerima faedah pelaburan untuk bulan itu secara peratusan purata faedah tahunan.  Pulangan juga dilihat agak konsisten, dengan purata kadar pengagihan pendapatan seunit atau faedah pelaburan adalah antara 7.30% – 7.65% (2009-2011). Kadar ini dijangka meningkat setiap tahun selaras dengan perkembangan ekonomi negara Malaysia.
4)    Selain faedah pelaburan, ASB juga memberikan pelabur nya bonus bagi setiap unit pelaburan yang dibuat.  Bonus unit ini akan dikira pada masa yang sama pengiraan faedah pelaburan dilakukan, kebiasaannya pada 31 Disember setiap tahun.
5)    Sekiranya berlaku kecemasan atau hal-hal yang mendesak pelabur nya mengeluarkan semula simpanan ASB, pengeluaran boleh dilakukan dengan segera pada waktu bekerja tanpa perlu menunggu sampai 2 atau 3 minggu untuk proses pengeluaran selesai.
6)    Sijil ASB juga boleh dicagarkan di bank-bank tempatan untuk mendapatkan pinjaman dalam bentuk overdraft bank.
Teknik Untuk Menggandakan Wang ASB Anda
Jika anda berhasrat untuk memperoleh pendapatan berganda dengan melabur dalam ASB, perkara pertama yang anda perlu buat ialah memastikan yang anda sudah memiliki buku ‘Ting’ anda.  Senang sahaja untuk membuka akaun, isi boring yang diperlukan dan kepilkan salinan kad pengenalan atau surat beranak.  Kemudian anda boleh pergi ke mana-mana cawangan bank yang membuat urus niaga ASB, pejabat pos atau Permodalan Nasional Berhad sendiri dan buka akaun ASB dengan pelaburan minima yang diperlukan hanyalah sebanyak RM10.


Pelaburan ASB Menggunakan Wang Simpanan Sendiri
Untuk mencapai ‘kebebasan kewangan’ atau ‘financial freedom’ seseorang itu perlu pandai untuk menabung.  Ada pendapat yang menekankan bahawa 1/3 pendapatan yang diperoleh setiap bulan perlu disimpan. Bagi mereka yang tidak mampu untuk menyimpan 1/3 daripada pendapatan bulanan, mungkin boleh mulakan dengan menyimpan sekitar 5-10 % daripada pendapatan yang diperoleh.  Asalkan ada wang yang disimpan untuk kecemasan, tidak kiralah jika nilainya tinggi atau rendah.  Jika kesibukan menjadi penghalang untuk anda kerap pergi ke bank dan melakukan urus niaga tabungan, maka jadilah selangkah lebih bijak dengan melakukan arahan tetap (‘standing instructions) sejumlah wang ke dalam akaun simpanan anda pada setiap bulan.
Ramai juga yang melakukan pelaburan dalam akaun ASB dengan menggunakan wang simpanan mereka sendiri.  Contohnya, seorang pelabur mempunyai simpanan sebanyak RM10,000 dan berhasrat untuk menyimpan dalam akaun ASB nya.  Pada akhir tahun yang ke-10, pelaburan awal yang dilakukan sebanyak RM10,000 itu dijangka akan menghasilkan jumlah simpanan sebanyak RM21,589.25. Jumlah wang yang dilaburkan dalam akaun ASB kini meningkat sebanyak 53.68% daripada jumlah modal pelaburan.  Pengiraan ini diperoleh dengan anggapan pelabur tadi
  • tidak mengeluarkan wang simpanannya, faedah dan bonus unit yang diperoleh pada sepanjang tempoh 20 tahun itu
  • Menganggarkan faedah pelaburan ASB adalah sebanyak 8% pada setiap tahun

TeriMa kaSEh kErana mEmBaCa!!:)

Friday, April 3, 2015

Cabaran Masih Disahut




TeriMa kaSEh kErana mEmBaCa!!:)

Saturday, June 4, 2011

TIPS terakhir!!..TIPS 7 : Fikirkanlah Masa Depan!

tips ini adalah merupakan kemuncak bagi anda..
terima kasih kerana mengikuti tips2 yang berikut..
kini ...!!

Seterusnya, jika kita merasakan ilmu pengurusan kewangan dan perancangan perbelanjaan itu tidaklah penting. Kita telah silap. Pengurusan kewangan dan perancangan perbelanjaan merupakan perkara yang harus dipratikkan oleh setiap orang. Sekiranya bukan untuk hari ini ia pastinya mendatangkan manfaat untuk kita di masa hadapan.
Segalanya memerlukan pengurusan kewangan dan perancangan perbelanjaan yang teliti. Jika tanpa kedua-duanya ini, sudah pasti kita tidak akan tahu akan tujuan kewangan kita sebenarnya. Pengurusan kewangan dan perancangan perbelanjaan yang teratur amat penting bagi setiap individu demi menjamin kesejahteraan hidup.




Saya seorang pelajar jadi patutkah saya merancang kewangan juga?? Jawapannya adalah YA!

Merancang kewangan bermula apabila seseorang itu merancang perbelanjaan harian. Hampir setiap kanak-kanak mendapat wang saku harian apabila pergi ke sekolah. Namun, tidak semua yang tahu bagaimana untuk membelanjakan wang tersebut.

Berikut adalah beberapa tip yang dapat membantu pelajar dalam merancang kewangan mereka:

Rancang Perbelanjaan
- Apabila mendapat wang, rancanglah perbelanjaan. Jadikan tabiat menabung/menyimpan sebagai satu amalan kehidupan harian. Setiap kali, menerima wang saku, rekodkan jumlah yang diterima. Rekod segala perbelanjaan yang ingin dibuat supaya dapat melihat anggaran simpanan yang boleh dibuat. Elakkan dari berbelanja melebihi peruntukan kewangan yang diperolehi. Ini adalah untuk menggelakkan defesit atau pun anda berhutang.
Berbelanja Dengan Bijak
- Berbelanjalah wang anda dengan bijak. Beli hanya barang yang diperlukan sahaja.

- jangan meminjam wang daripada sesiapapun semata-mata kerana gagal mengawal perbelanjaan. Sebagai pelajar, elakkan daripada meminjam wang daripada rakan-rakan atau pun meminjamkan wang anda kepada rakan-rakan anda.
- Jangan berbohong kepada ibu-bapa semata-mata kerana ingin mendapatkan wang.
- Jangan meminta sesuatu yang di luar kemampuan ibu-bapa.

Pastikan Sentiasa Mempunyai Wang Di Tangan
- Elakkan berbelanja sehingga wang di tangan kehabisan. Ini adalah kerana wang perlu sentiasa berada di tangan untuk kegunaan pada bila-bila masa yang perlu.

Menyimpan Wang Di Tempat Yang Selamat
- Baki wang yang berada di tangan setelah berbelanja perlulah direkodkan dan disimpan di tempat yang selamat. Bank merupakan institusi penerima simpanan yang selamat di samping dapat memberi pendapatan kepada wang yang disimpan. Minta bantuan ibu-bapa atau guru-guru untuk mengetahui cara untuk membuka akaun simpanan di bank.

Melabur Wang Untuk Mendapatkan Pulangan
- Jadikan wang sebagai alat untuk menghasilkan pendapatan dan memberi hasil pulangan. Jumlah wang disimpan di bank akan bertambah nilainya apabila bank memberi faedah kepada simpanan tersebut.
Info dari: Harian Metro (Isnin, 17 Ogos 2009, Sumber: Bank Negara Malaysia)




TeriMa kaSEh kErana mEmBaCa!!:)

tips SETERUSNYA!!

TIP 3 : Menulis Rancangan Atau Pelan Perbelanjaan



Ramai yang telah tahu akan konsep ini tetapi masih ramai juga di antara kita yang malas untuk mengamalkannya. Cuba tanya diri kita selama ini, pernahkah kita melakukan pelan perbelanjaan sebelum berbelanja? Ramai di antara kita apabila terima saja duit gaji, perkara pertama yang difikirkan adalah untuk membayar hutang atau liabiliti yang ada. Kemudiannya, bila nampak saja duit yang lebih terus digunakan untuk berbelanja sepuas-puasnya hingga lupa untuk melakukan simpanan. Bagi mengelak perkara ini dari terus terjadi. Sepatutnya kita perlu menulis dan merancang perjalanan perbelanjaan tersebut. Apabila kita menerima duit gaji atau pendapatan bulanan, kita perlulah menulis ke manakah ianya hendak dibelanjakan. Jadi apabila kita tahu akan perjalanan perbelanjaan sudah tentu kita akan tahu arah tuju wang kita tadi dibelanjakan dan digunakan.


TIP 4 : Menyimpan Terlebih Dahulu Sebelum Berbelanja

Konsep perbelanjaan yang betul dan sepatutnya adalah :
Pendapatan - Simpanan = Hutang + Perbelanjaan
Dan bukannya :
Pendapatan - (Hutang + Perbelanjaan) = Simpanan
Maksudnya di sini ialah setiap kali memperolehi gaji bulanan sepatutnya yang diutamakan terlebih dahulu adalah melakukan simpanan kemudian barulah digunakan untuk tujuan pembayaran hutang dan perbelanjaan.
Tetapi malangnya kebanyakkan daripada kita, apabila terima saja duit gaji. Ianya terus digunakan untuk untuk membayar hutang dan berbelanja. Tetapi di dalam melakukan simpanan pulak, ianya dikecualikan. Simpanan akan dilakukan apabila mempunyai lebihan wang. Ini adalah konsep yang salah sebenarnya.


TIP 5 : Perbelanjaan Isi Rumah (Household)

Beli secara borong). Misalnya kalau anda biasa berbelanja RM4 sehari untuk snek dan air bersamaan RM80 sebulan. Belian secara borong mungkin hanya bersamaan RM30 sahaja. Rancang perbelanjaan anda. Beli barang di pasar raya besar (hypermarket)  yang menawarkan harga yang lebih murah apabila dibeli dalam kuantiti yang banyak seperti pencuci rambut, sabun dan lain-lain barang keperluan rumah. Buat perbandingan harga sebelum membeli barangan tersebut.

TIP 6 : Kad Kredit



Sebaik-baiknya guna wang tunai untuk mengelakkan terlebih belanja(overspent). Jika ingin digunakan juga selesaikan pembayaran dalam masa 20 hari, iaitu waktu bebas faedah (interest free period). Sekiranya anda mempunyai simpanan seperti simpanan tetap yang memberikan 4% faedah setahun berbanding hutang kad kredit yang dikenakan 18% setahun, lebih baik keluarkan simpanan untuk menyelesaikan hutang.


NANTIKAN TIPS YANG TERAKHIR!!

TeriMa kaSEh kErana mEmBaCa!!:)

TIP 2 : Mengawasi Tabiat Berbelanja

Jika kita merasakan sewaktu penghujung bulan kita gagal untuk menyimpan duit. Inilah masanya untuk kita memantau dan mengawasi perbelanjaan semasa kita. Yang penting di sini ialah kita perlu menyemak semula ke manakah ianya telah dihabiskan atau dibelanjakan. Adakah ianya cenderung ke arah keperluan atau kehendak semata-mata. Jika ianya berdasarkan kehendak semata-mata, dan seterusnya menyebabkan kita gagal untuk menyimpan. Tabiat tersebut haruslah segera diubah.

tips kali ini huraian nya teramat sedikit kerana setiap tindakan bergantung  pada diri anda sendiri..

nantikan tips seterusnya!!

TeriMa kaSEh kErana mEmBaCa!!:)