Kami Pengguna.Anda?


pEsErta pErtanDinGan blOG Hari Pengguna Malaysia 2015 bErTaJuK! "Perlindungan Kewangan: Simpanan Pelaburan dan Perlindungan Insurans".

Saturday, June 4, 2011

TIP 1 : Menentukan Matlamat Kewangan



Matlamat atau dalam istilah lainnya ‘target' sebagai pengguna. Samalah konsepnya seperti zaman semasa belajar duhulu. Dalam konteks mengurus kewangan, kita harus tahu akan matlamat kewangan kita itu. Ke mana ianya hendak digunakan!


Contohnya, mungkin ada di antara kita yang bermatlamat untuk :


  • menyambung pelajaran;?

  • membeli sebuah rumah;?



  • berkahwin;?

  • berbulan madu;?

  • perbelanjaan rumahtangga;?

  • pendidikan anak-anak;?

  • mengerjakan ibadah Haji;?

  • perbelanjaan sewaktu persaraan;?

  • dan banyak lagi!


Jelasnya di sini ialah kita telah nampak apakah matlamat kewangan kita. Apabila kita sudah nampak akan matlamat kewangan kita, sudah pasti aliran kewangan kita akan menjadi lebih teratur dan terancang. Seterusnya kita juga perlu tahu jangka masa untuk kita mencapai matlamat kita tadi. Sama ada matlamat tersebut akan dicapai dalam jangka masa yang pendek, sederhana atau pun panjang. Contohnya, merancang untuk mengerjakan ibadah haji untuk 3 tahun akan datang. Jadi pengguna harus terus melakukan simpanan yang lebih ke dalam akaun Tabung Haji demi untuk mencapai matlamat tersebut.

fikir fikirkan bersama!!


nantikan TIPS seterusnya..

TeriMa kaSEh kErana mEmBaCa!!:)

7 comments :

  1. oohh..
    bagaimana pula jika terlalu banyak perkara yang ingin ditanggung?

    ReplyDelete
  2. kamu perlu melaksanakan kaedah berjimat cermat terlebih dahulu

    ReplyDelete
  3. elokkah terlalu berjimat dengan berbelanja?

    ReplyDelete
  4. kadang kadang benda ni bersifat secara tidak lansung,
    sudah semestinya tidak elok..
    rancang pengurusan wang dengan baik..dan anda akan mendapat hasilnya!

    ReplyDelete