Kami Pengguna.Anda?


pEsErta pErtanDinGan blOG Hari Pengguna Malaysia 2015 bErTaJuK! "Perlindungan Kewangan: Simpanan Pelaburan dan Perlindungan Insurans".

Sunday, March 13, 2011

7 tip UsaHaWaN berjaya!!


assalamualaikum.
Hari ni saya nak berkongsi dengan anda semua 7 tip usahawan berjaya. Saya pasti anda akan merasakan bahawa setiap tip-tip yang diberikan oleh para usahawan adalah sama. Emm..mungkin tidak salah kerana kadang-kadang setiap usahawan mempunyai nilai dan kepercayaan yang sama untuk berjaya. Namun seperti yang saya selalu tekankan,jangan sekali-kali merasakan jemu untuk menuntut ilmu kerana ilmu tidak pernah habis.
Untuk seseorang usahawan itu berjaya, sudah tentu mereka ada mempunyai amalan-amalan yang boleh mendatangkan limpahan rezeki kepada mereka.Okey, di bawah saya senaraikan tip-tip usahawan berjaya. Saya tidak melimitkan hanya kepada usahawan online sahaja tetapi kepada usahawan offline atau sesiapa sahaja yang bergelar usahawan mahupun yang mahu menjadi usahawan. Baca dan Amalkan:
  1. Usahawan bangun awal pagi
  2. Usahawan kuat kebergantungannya dengan Allah.
  3. Amalkan solat dhuha,membaca surah al-mulk,dan surah al-waqiah.
  4. Setiap waktu menceritakan tentang bisnes.
  5. Mesti ada waktu rehat yang khusus.
  6. Bertindak sebagai lastman.
  7. Niat berniaga sebagai satu jihad
Okey,apa yang saya senaraikan di atas hanyalah beberapa ciri jika kita mahu menjadi seorang usahawan yang diredhai Allah dan berjaya di dunia mahupun akhirat. Saya pasti ada di antara anda semua yang tergaru-garu kepala tentang tip-tip tersebut kerana kurang faham.Saya akan huraikan setiap tip untuk  memudahkan pemahaman anda semua secara berperingkat. Saya mulakan dengan tip nombor satu.
  1. Usahawan bangun awal pagi.
ha..apa maksud bangun awal pagi ni?bangun pagi-pagi macam orang nak pegi menoreh getah?atau orang keje kilang?.Okey bangun awal ni maksudnya bagun malam mengerjakan solat sunat tahajud,solat taubat serta hajat.Kalau ada yang bagus lagi buat solat tasbih dengan witir skali. Bukan senang rupanya nak berjaya ni kan?heheh. Satu lagi yang kita biasa dengar orang tua cakap, tak baik tidur pas subuh atau bangun lewat jang.. mahal rezeki ekau tau. nah, kalau tuan-tuan nak rasa akibatnya, bolehlah cuba ya lepas ni.hoho.
Sebab apa tuan, kita kene bangun awal selain sebab-sebab yang di atas, kita tengok orang bangsa lain kebanyakannya bangun awal-awal pagi. Malulah dengan ayam yang berkokok tu.. binatang pun bangun awal dari kita ingatkan diri jugak ni.

Usahawan kuat kebergantungannya engan Allah.
ha..para usahawan semua,anda faham tak apa maksudnya?..tit..tit..tit..lambat..tak mengapalah,biar saya terangkan. Sebagai seorang usahawan yang islam lah khususnya,tak boleh lari dari mengingati yang satu ni,Allah s.w.t. tuhan sekalian alam.
Siapa-siapa yang nak tentang sila angkat tangan Kalau berani cubalah. Sebab apa tuan-tuan dan puan-puan, seorang usahawan pendapatannya tidak tetap. Ada kalanya untung sangat-sangat..adakalanya rugi. Jadi, maksudnya di sini, kalau dah jadi usahawan tu,janganlah kita berasa ego dengan apa yang kita ada mahupun kejayaan yang kita kecapi.
Jangan lupa kepada siapa yang memberikan peluang,idea,rezeki kalau bukan Allah s.w.t. Saya tekankan disini kepada peniaga-peniaga islam khususnya. Bukanlah nak mengatakan yang mereka ini tidak bersyukur,tetapi dari pengalaman saya bergaul dengan mereka,kebanyakannya lupa nak tunaikan yang fardhu,solat. Saya menasihati diri sendiri juga agar tidak lalai dengan usrusan perniaagaan semata-mata hingga sanggup meninggalkan kewajipan sebagai seorang muslim.
Dalam dunia keusahawanan pun,kita sudah pasti perlu mewujudkan hubungan yang baik samada dengan tokey-tokey besar,mahupun dengan pelanggan itu sendiri. Kalau kita boleh wujudkan hubungan yang baik ini dengan manusia,kenapa tidak dengan Tuhan punya Dunia (pinjam kata-kata akhil khai).
Jadi rakan-rakan semua,ingatlah bahawa setiap orang memang dah tertulis rezekinya di sana,tetapi usaha dan doa kita yang akan memudahkan kita menemui rezeki tersebut. Ye..memang mudah cakap dari buat,sekurang-kurangnya kita kena saling mengingatkan.Betul tak sahabat usahawan berjaya semua?kalau kita tak buat,sampai takat tu jelah pencapaian kita.
Berbalik pada tajuk tadi,sebab apa dikatakan kuat kebergantungan dengan Allah,cuba dengar ni masa doa pas solat.,“Ya Allah..mudahkan perjalananku ari ni,tambahkan rezekiku..tingkatkan amalku..engkaulah tempat aku mengadu segala susah dan senang dalam perniagaan dan hidup ini.” ayat tersebut sebagai contoh je..korang gunalah ayat sendiri,tak kan tak tau kot…
Okey,sampai disini dulu.Moge artikel saya kali ni boleh memberi sedikit kesedaran tentang perlunya dan kita tak perlu nak nafi lagi,kepada siapa sebenarnya kita mesti bergantung hidup,bukan dengan bomoh,bukan dengan kawan,bukan dengan kubur belakang rumah,busut dekat dusun,bukan,bukan,bukan,tetapi dengan tuhan punya dunia Allah. s.w.t. jua..
“Tell the world what you intend to Do,but first show IT”
Emm..setakat ni dululah ye.. saya huraikan yang lain di post yang akan datang. Selalu-selalulah jenguk kat blog yang tak seberapa ni. Adios!..

TeriMa kaSEh kErana mEmBaCa!!:)

4 comments :