Kami Pengguna.Anda?


pEsErta pErtanDinGan blOG Hari Pengguna Malaysia 2015 bErTaJuK! "Perlindungan Kewangan: Simpanan Pelaburan dan Perlindungan Insurans".

Wednesday, June 1, 2011

bangun pagi..!!

tentunya anda semua tertanya tanya mengenai post kali ini, sesungguhnya entri hari ini akan membawa anda untuk masuk ke dunia baru yang penuh dengan fenomena  seseorang yang minda celik wang..

ayuh kita mulakannya!!

berbekalkan ilmu dan juga pengetahuan yang kita ada..jangan kita mudah mentafsirkan bahawa setiap permulaan itu merupakan sesuatu yang sia sia..kita akan mudah putus asa untuk melakukan sesuatu yang bermanafaat dan mudah mengalah..masyarakat yang seperti ini akan mudah ketinggalan dan sukar untuk mencapai kenyataan yang sebenar mengenai wang ..janganlah kita menjadi hamba kepada wang..tetapi berbekalkan ilmu yang ada..biarlah wang yang menjadi hamba kepada kita

saya suka untu memetik kata kata daripada robert ..seperti berikut~


Ada pepatah lama menyebut, "Pekerjaan(JOB) ialah akronim bagi 'Sekadar Tidak Muflis'(Just Over Broke)." Hakikatnya, ia sangat benar. Oleh itu, anda perlu mahir dalam kewangan. Sekali lagi, kebijaksanaan kewanganlah yang menyelesaikan masalah anda. Saya ada sediakan panduan ringkas untuk menjadi seorang celik wang.


Mempunyai Tujuan
Anda wajib mempunyai tujuan! Apakah tujuan anda ingin menjadi celik wang? Jika anda tiada tujuan tiada gunanya anda terus membaca blog ini. Dengan tujuanlah kita tahu apa yang kita mahu.

Belajar Sebelum Memulakan Sesuatu
Jika anda ingin menjadi usahawan, pelabur atau ahli perniagaan, saya amat tekankan anda perlu melabur dahulu dalam pendidikan. Melabur dahulu untuk akal anda. Anda perlu tahu serba sedikit mengenainya. Jika anda lihat, mengapa kebanyakan anak orang kaya tidak berjaya mentadbir syarikat ayahnya dengan baik selepas peninggalan ayahnya? Ini kerana mereka tidak pernah kembangkan pendidikan mereka. Mereka tahu mengarah pekerja tetapi tidak tahu mengurus tenaga pekerja. Mereka tahu kira-kira tetapi tidak tahu mengurus aliran tunai. Oleh itu, anda perlu mengetahui serba sedikit tentang apa yang anda ingin lakukan sebelum memulakannya.

Pilih Kawan Dengan Betul
Pilihlah kawan dengan betul. Kita pilih kawan bukan dari segi penyata kewangan mereka kerana kita tidak perlukan wang mereka. Apa yang kita perlukan ialah pengetahuan mereka. Jangan dengar kata-kata kawan anda yang penakut. Mereka bukan seorang pelabur tetapi hendak melarang orang yang ingin melakukannya supaya tidak melakukannya. Alasan mereka "ia tidak akan berjaya" atau "ia terlalu berisiko". Sedangkan mereka tidak pernah melakukannya.

Pelajari Sesuatu Yang Baru Dengan Pantas
Janganlah terlalu berpuas hati dengan pengetahuan yang anda miliki. Dunia kini, maklumat bergerak begitu pantas. Jika anda masih dengan cara lama anda akan ketinggalan dan dianggap lapuk. Ia sama sahaja dengan cara mengira. Semahir mana sekalipun anda menggunakan sempoa, tiada siapa akan menghargainya kerana sekarang sudah ada kalkulator. Apa yang penting bukan banyak mana ilmu yang anda miliki tetapi berapa pantaskah kita pelajari sesuatu ilmu itu.

Mempunyai Idola
Anda perlu mempunyai wira atau idola. Idola bukan sahaja menjadi contoh untuk anda ikuti, malah idola juga akan memberi anda semangat dan inspirasi. Saya amat meminati bintang bola sepak seperti Fernando Torres dan Steven Gerrard. Ketika saya bermain bola sepak pada waktu Pendidikan Jasmani, saya bukan lagi Irfan tetapi saya adalah Torres atau Gerrard. Saya meniru gaya Torres ketika bermain. Saya meniru gaya sepakan percuma Gerrard. Idola menjadikan kita lebih hebat sebenarnya. Tentang dunia kewangan pula anda boleh jadikan Donald Trump sebagai idola anda. Anda boleh membeli bukunya untuk tahu bagaimana dia menjalankan sesebuah urus niaga. Semakin anda meminati dan mengikuti mereka, semakin anda hampiri untuk menjadi seperti mereka malah menjadi lebih hebat lagi. Inilah sebabnya mengapa perlunya anda mempunyai seorang idola.

TeriMa kaSEh kErana mEmBaCa!!:)

No comments :

Post a Comment