Kami Pengguna.Anda?


pEsErta pErtanDinGan blOG Hari Pengguna Malaysia 2015 bErTaJuK! "Perlindungan Kewangan: Simpanan Pelaburan dan Perlindungan Insurans".

Saturday, June 4, 2011

TIPS terakhir!!..TIPS 7 : Fikirkanlah Masa Depan!

tips ini adalah merupakan kemuncak bagi anda..
terima kasih kerana mengikuti tips2 yang berikut..
kini ...!!

Seterusnya, jika kita merasakan ilmu pengurusan kewangan dan perancangan perbelanjaan itu tidaklah penting. Kita telah silap. Pengurusan kewangan dan perancangan perbelanjaan merupakan perkara yang harus dipratikkan oleh setiap orang. Sekiranya bukan untuk hari ini ia pastinya mendatangkan manfaat untuk kita di masa hadapan.
Segalanya memerlukan pengurusan kewangan dan perancangan perbelanjaan yang teliti. Jika tanpa kedua-duanya ini, sudah pasti kita tidak akan tahu akan tujuan kewangan kita sebenarnya. Pengurusan kewangan dan perancangan perbelanjaan yang teratur amat penting bagi setiap individu demi menjamin kesejahteraan hidup.




Saya seorang pelajar jadi patutkah saya merancang kewangan juga?? Jawapannya adalah YA!

Merancang kewangan bermula apabila seseorang itu merancang perbelanjaan harian. Hampir setiap kanak-kanak mendapat wang saku harian apabila pergi ke sekolah. Namun, tidak semua yang tahu bagaimana untuk membelanjakan wang tersebut.

Berikut adalah beberapa tip yang dapat membantu pelajar dalam merancang kewangan mereka:

Rancang Perbelanjaan
- Apabila mendapat wang, rancanglah perbelanjaan. Jadikan tabiat menabung/menyimpan sebagai satu amalan kehidupan harian. Setiap kali, menerima wang saku, rekodkan jumlah yang diterima. Rekod segala perbelanjaan yang ingin dibuat supaya dapat melihat anggaran simpanan yang boleh dibuat. Elakkan dari berbelanja melebihi peruntukan kewangan yang diperolehi. Ini adalah untuk menggelakkan defesit atau pun anda berhutang.
Berbelanja Dengan Bijak
- Berbelanjalah wang anda dengan bijak. Beli hanya barang yang diperlukan sahaja.

- jangan meminjam wang daripada sesiapapun semata-mata kerana gagal mengawal perbelanjaan. Sebagai pelajar, elakkan daripada meminjam wang daripada rakan-rakan atau pun meminjamkan wang anda kepada rakan-rakan anda.
- Jangan berbohong kepada ibu-bapa semata-mata kerana ingin mendapatkan wang.
- Jangan meminta sesuatu yang di luar kemampuan ibu-bapa.

Pastikan Sentiasa Mempunyai Wang Di Tangan
- Elakkan berbelanja sehingga wang di tangan kehabisan. Ini adalah kerana wang perlu sentiasa berada di tangan untuk kegunaan pada bila-bila masa yang perlu.

Menyimpan Wang Di Tempat Yang Selamat
- Baki wang yang berada di tangan setelah berbelanja perlulah direkodkan dan disimpan di tempat yang selamat. Bank merupakan institusi penerima simpanan yang selamat di samping dapat memberi pendapatan kepada wang yang disimpan. Minta bantuan ibu-bapa atau guru-guru untuk mengetahui cara untuk membuka akaun simpanan di bank.

Melabur Wang Untuk Mendapatkan Pulangan
- Jadikan wang sebagai alat untuk menghasilkan pendapatan dan memberi hasil pulangan. Jumlah wang disimpan di bank akan bertambah nilainya apabila bank memberi faedah kepada simpanan tersebut.
Info dari: Harian Metro (Isnin, 17 Ogos 2009, Sumber: Bank Negara Malaysia)




TeriMa kaSEh kErana mEmBaCa!!:)

12 comments :

  1. saya amat tertarik dengan tips kali ini..
    saya juga merupakan seorang pellajar yang juga ingin menguruskan wang dengan baik..
    sekarang saya mengetahui bahawa seorang pelajar juga harus mempunyai kaedahnya yang tersendiri..
    bolehkan kamu menceritakannya secara khusus dan ringkas??

    ReplyDelete
  2. pertama sekali..terima kasih diatas minat yang kamu tonjolkan..
    pertama sekali sebagai seorang pelajar, kita harus mengetahui yang yang sebenar yang perlu kita hadkan dari semasa ke semasa. jangan pernah bertukar fikiran secara mendadak kerana ia bakal menukarkan persepsi kamu.. ketahui hadnya..di samping kamu perlu mengetahui perkembangan kewangan samada kewangan keluarga ataupun tersendiri.. moga kamu berjaya!

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum,adakah had seorang pengguna yang berusia ketika sekolah menengah sama dengan para penuntut universiti??

    ReplyDelete
  4. jikalau meneliti setiap pendapat..
    pastinya berbeza..
    namun bagi saya, saya mengeshorkan agar penuntut universiti lebih menekankan pegurusan wang yang teliti dan kondusif.

    keadaan ini adalah keranakeperluan mereka serta tanggungan yang perlu ditanggung terlalu tinggi..

    sila dapatkan asihat daripada pakar pengurusan wang!

    ReplyDelete
  5. insyaallah..
    teruskan membuat entri yang terbaek!
    saya akan menyokong blog ni..

    ReplyDelete
  6. sesungguhnya kita hendaklah sentiasa memikikan masa depan..

    teruskan membuat entri.

    ReplyDelete
  7. saya begitu tertarik mengenai penggunaan kad kredit yag diberitahu..
    apakah pandangan kamu mengenai penggunaan kad kredit dan juga penggunaan wang tunai secara lansung..
    terangkan kelebihan dan kekurangannya..

    ReplyDelete
  8. saya berharap kamu dapat memberikan penjelasan mengenainnya..!!

    ReplyDelete
  9. PERTAMA SEKALI..TERIMA KASIH KERANA MENYOKONG BLOG INI..
    berkenaan dengan penggunaan kad kredit..saya hanya mengetahui bahawa kad kredit ini sememangnya ramai yang menggunakannya..
    baiklah..saya akan meminta pendapat daripada guru saya terlebih dahulu

    ReplyDelete
  10. Kad kredit bolehlah ditakrifkan sebagai sejenis kad yang digunakan sebagai pengganti wang tunai atau buat masa ini lebih dikenali sebagai wang plastik. Sejak akhir-akhir ini, penggunaan kad kredit didapati semakin popular di kalangan masyarakat kita terutamanya ahli perniagaan.Kini terdapat semakin banyak syarikat yang mengeluarkan kad kredit seperti American Express, Visa,dan Master Card. Menurut pendapat Menteri Kewangan Malaysia, penggunaan kad kredit merupakan pemangkin masalah inflasi yang sangat ketara. Di samping itu, beliau juga turut meramalkan bahawa bilangan pengguna kad kredit ni negara kita akan bertambah pada tahun-tahun yang akan datang. Pada hemat saya penggunaan kad kredit akan terus diamalkan oleh masyarakat kita kerana kad tersebut mempunyai kebaikannya yang tersendiri.

    Salah satu daripada faktor yang menggalakkan orang ramai menggunakan kad kredit ialah mereka tidak perlu membawa wang tunai yang banyak untuk membeli belah. Bagi sesetengah pengguna, membawa wang tunai yang banyak ketika membeli belah merupakan suatu beban. Keadaan ini lebih ketara sejak kerajaan mewujudkan wang yang bernilai seringgit dalam bentuk siling. Kini terdapat hampir 50 peratus daripada pengguna yang membeli belah di pasar raya- pasar raya dengan menggunakan kad kredit. Pada hemat saya pengguna akan berasa lebih selesa menggunakan kad kredit daripada menggunakan wang tunai kerana kad kredit lebih ringan dan tidak mendatangkan masalah untuk digunakan bila-bila difikirkan perlu.

    Pengguna kad kredit juga berasa lebih selamat menggunakan kad kredit berbanding dengan penggunaan wang tunai. Hal ini kerana semua kad kredit yang digunakan tidak boleh bertukar milik. Setiap kali mereka menggunakan kad kredit tersebut mereka dikehendaki menandatangani borang khas yang akan dapat mengesan pemilik sebenar kad kredit tersebut. Oleh hal yang demikian, pemilik kad kredit tidak perlu bimbang sekiranya kad mereka hilang atau dicuri orang. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pengeluar kad kredit American Express, jumlah pemegang kad tersebut bertambah hampir 40 peratus pada setiap tahun. Menurut kebanyakan pemilik kad tersebut, mereka berasa lebih selamat menggunakan American Express kerana mereka cepat mendapatkan kad ganti yang baru dengan cepat apabila berlaku kehilangan. Dalam hal ini saya berpendapat faktor keselamatanlah yang paling banyak mendorong pengguna menggunakan kad kredit.

    Seterusnya, kebanyakan ahli masyarakat lebih gemar menggunakan kad kredit kerana mereka tidak perlu menukar mata wang ketika berada di luar negara. Sekiranya kita melancong ke luar negara, kita mungkin perlu menukarkan mata wang negara kita ke mata wang negara yang kita lawati itu. Hal ini tidak demikian bagi pemegang kad kredit kerana pertukaran nilai mata wang asing akan dilakukan secara automatis setiap kali kad kredit tersebut digunakan. Menurut pendapat kebanyakan pelancong, mereka g lebih suka menggunakan kad kredit kerana mereka diberikan layanan yang lebih istimewa ketika berurus niaga terutamanya di hotel-hotel yang terkemuka dan bertaraf antarabangsa. Pada pendapat saya, keadaan ini mungkin disebabkan oleh imej kemewahan yang sering dikaitkan dengan pemegang kad kredit.

    ReplyDelete
  11. Di samping kemudahan yang boleh dinikmati, pemegang kad kredit juga sering menghadapi beberapa masalah. Hal ini kerana tidak semua para peniaga mahu menerima pembelian secara kredit terutamanya kedai-kedai biasa atau kedai-kedai kecil yang jumlahnya lebih banyak daripada kedai-kedai yang besar atau pusat-pusat membeli belah yang terkenal. Oleh hal yang demikian, tempat-tempat penginapan atau pusat-pusat membeli belah yang boleh dikunjungi oleh pemegang kad kredit adalah terhad. Oleh itu, pemegang kad kredit mungkin menghadapi masalah sekiranya pusat membeli belah atau kedai dan gerai yang mereka kunjungi itu menolak penggunaan kad kredit.

    Selain itu, pemegang kad kredit mungkin berbelanja secara berlebih- lebihan kerana mereka tidak begitu peka atau perihatin dengan nilai wang yang dibelanjakan. Oleh sebab itu, kita sering mendengar rungutan daripada pemilik kad kredit yang menghadapi masalah beban hutang yang banyak. Setelah puas berbelanja, mereka mungkin akan berada dalam keadaan yang sugul kerana terpaksa berfikir bagaimana hendak membayar balik jumlah wang yang telah mereka belanjakan itu.


    Hal ini berlawanan dengan pesanan orang tua-tua `beringat-ingat sebelum terkena’. Menurut kajian yang pernah dibuat oleh mahasiswa Universiti Utara Malaysia, lebih 35 peratus daripada pemilik kad kredit mengalami masalah beban hutang yang teruk sehingga ada antara mereka yang diistiharkan muflis kerana tidak dapat menjelaskan hutang-hutang mereka. Keadaan ini mungkin berlaku kerana pemilik kad tersebut tidak sedar bahawa kad yang digunakan itu sebenarnya ialah wang, bukannya plastik yang tidak bernilai.

    Seperti yang kita sedia maklum, urusan perniagaan yang menggunakan kad kredit dijalankan dengan penggunaan komputer.Oleh itu, terdapat kemungkinan berlaku penyelewengan dalam urus niaga tersebut. Walaupun perkara seperti ini jarang-jarang berlaku, kebanyakan peniaga tidak yakin dengan pelanggan yang menggunakan kad kredit terutamanya kad kredit yang tidak popular. Para peniaga tidak sanggup menanggung risiko yang tinggi dengan menerima kad kredit tersebut. Pihak Polis Bahagian Jenayah Perdagangan sering mengingatkan para peniaga supaya sentiasa berwaspada ketika berurus niaga dengan pengguna yang menggunakan kad kredit. Ini kerana mereka telah menerima lebih daripada 150 aduan berkaitan dengan hal tersebut sejak awal tahun ini.

    Sebagai rumusannya, dapatlah dikatakan bahawa terdapat beberapa kebaikan dan keburukan penggunaan kad kredit. Namun begitu, sekiranya pemilik kad kredit menggunakan kemudahan tersebut secara bijak, mereka akan mendapat faedah yang banyak. Sebaliknya, jika kad kredit tidak digunakan secara berhati-hati, pemiliknya akan menderita akibat beban hutang yang terpaksa ditanggung sehingga bertahun-tahun. Pada pendapat saya, walaupun penggunaan kad kredit didapati semakin popular dari setahun ke setahun, namun `wang plastik’ tersebut pasti tidak mungkin dapat menggantikan wang tunai yang sebenar.

    ReplyDelete
  12. singgah utk baca penjelasan ttg pengurusan wang juga ttg kad kredit...syabas..entri yg berinformasi..Tahniah.

    ReplyDelete